:: Bicara Pemuda ::

 

Tuesday, September 18, 2007
Luahan Hati Mahasiswa Selangor Di Kaherah
Sekeh azzati

Nadi UMNO (Kelab UMNO) bukanlah gerakan tajdid yang ditubuhkan di tengah-tengah bumi Mesir ini, tetapi ia adalah sebuah kelab murahan yang ditubuhkan atas dasar memperkasa parti induk mereka iaitu UMNO.

Pada awalnya, Nadi UMNO ini lebih dikenali sebagai Kelab UMNO tetapi setelah berlaku kekeliruan pada kalimah ’kelab’ yang digunakannya kepada bangsa Arab di sini.

Maka, nama Kelab UMNO telah ditukar kepada Nadi UMNO Republik Arab Mesir (NUMRAM). Sekalipun tidak mendapat restu pengiktirafan daripada Republik Arab Mesir, mereka tanpa segan silu terus menjaja pertubuhan mereka di bumi perantauan ini. Menjadi tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu lagi melatih diri untuk menghormati tetamu, tetapi jika tetamu tersebut cuba untuk menganggu hubungan kekeluargaan dan keakraban mereka, nescaya mereka akan bangkit tidak teragak-agak untuk menghambat dan menghalau tetamunya dengan kayu


Lampiran 1 – Perlembagaan Kelab UMNO Luar Negara

Di sini terdapat beberapa butiran, rentetan daripada kewujudan Kelab UMNO yang akan membawa kepada kesan-kesan negatif kepada integriti mahasiswa al Azhar;

1) Perpaduan & ukhuwwah sesama pelajar Melayu yang telah sedia terjalin selama ini sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi akan tergugat. Kewujudan Kelab UMNO menyebabkan majoriti ahli cenderung untuk mempertahankan survival persatuan masing-masing. Ini kerana, Kelab UMNO begitu bernafsu untuk mengumpulkan seramai mungkin ahli dengan melakukan penjajahan material. Seterusnya menjatuhkan kumpulan atau individu lain yang tidak seragam dengan mereka.

2) Sikap suka menyebarkan berita-berita palsu untuk memburukkan persatuan induk di Mesir kepada pimpinan-pimpinan di Malaysia. Contohnya seperti SMS fitnah yang menyatakan bahawa terdapat persatuan induk mahasiswa di Mesir, telah melakukan satu solat hajat beramai-ramai mendoakan kematian Y.A.B Dato’ Seri Khir Toyo. Hal ini sebenarnya adalah berita fitnah yang sama sekali tidak pernah diarahkan oleh pimpinan-pimpinan persatuan induk ini.


Video – Lampiran

Ini satu tuduhan melulu yang dilakukan Y.A.B Sato’ Seri Khir Toyo dan ia jelas merupakan berita yang digembar-gemburkan kerana perasaan dendam yang menyala kepada persatuan induk pelajar di sini. Dalam keadaan masyarakat yang telah mengalami pencemaran akhlak dan moral yang begitu teruk, sepatutnya semua tuduhan perlu kepada pemastian yang rapi, bukannya menerimanya secara bulat-bulat.

3) Kelab UMNO turut melakukan kerjasama daripada sudut kewangan dan kuasa dengan beberapa pegawai HEP negeri demi memenuhi kepentingan peribadi. Ini menyebabkan majoriti pegawai HEP di Mesir lebih senang melaksanakan tugas tanpa sistem yang tertib dan telus. Pegawai lebih senang jika wang yang sepatutnya disalurkan kepada kebajikan pelajar, turut berhak diperuntukkan juga ke poket sendiri. Hampir di semua sektor berlaku penyelewengan seperti ini, bermula dari penguasaan wang sehinggalah kepada usaha-usaha memulaukan pelajar-pelajar yang semakin celik di atas perbuatan diktator pegawai HEP.

4) Kebanyakan program-program Kelab UMNO tidak membantu pelajar sama ada dari aspek kecemerlangan potensi pendidikan mahupun sahsiah diri. Cuma di akhir-akhir ini, mereka agak lari daripada tabiat buruk tersebut. Bagaimanapun, kemunculan Kelab UMNO menyebabkan lahirnya intelek yang tidak jujur, tidak mempunyai prinsip akademik yang jelas, dan tidak mempunyai idealisme sendiri kerana setiap tindakan mereka lebih mengutamakan misi kepartian daripada amanah ilmu yang dicapai di sini.

Apabila berlakunya senario di atas ini, pembaca tidak perlu hairan tentang wujudnya golongan ustaz yang tidak merokok dan yang merokok, golongan ustaz yang mengambil cakna mengenai urusan kuliah dan juga golongan yang tidak mengambil tahu tentang kuliah-kuliah di al Azhar. Kenyataan ini bukan usaha untuk aib-mengaib, tetapi inilah hakikat yang tidak dapat diselindungkan lagi apabila kita bersama dengan masyarakat siswa di bumi Mesir. Kekalutan jati diri mahasiswa al Azhar yang semakin bercempera dalam arus globalisasi dunia hari ini. Menandakan semua di kalangan kita perlu bersikap tegas merencana, berfikir, meneliti dan menangani punca-punca sebenar masalah tersebut.

Jika diamati sedalam-dalamnya, kewujudan badan-badan kebajikan di setiap negeri sebenarnya sudah melengkapi matlamat dan hasrat kerajaan Malaysia. Malah usaha kebajikan yang dikendalikan oleh setiap persatuan anak-anak negeri lebih serius dari proses sampai ke Mesir hingga ke saat pulang dari aktiviti pengajian, urusan penyediaan rumah, urusan pengajian serta kebajikan material dan spritual ahli. Persatuan anak-anak negeri juga mewakili setiap kesepaduan mahasiswa di sini tanpa mewakili apa-apa parti pun yang mereka pegang. Cuma mutakhir ini, proses kebajikan yang dilakukan oleh persatuan anak-anak negeri kerap menerima ugutan dan sekatan daripada para pegawai yang dilantik. Apatah lagi ada di antara persatuan anak-anak negeri yang tidak memiliki hak perlembagaan organisasi setelah sekian lama membantu gerakan kebajikan pelajar.

Bukti paling hampir untuk saya nyatakan di sini adalah apa yang berlaku kepada episod malang Badan Anak Selangor (BAS). Lebih malang lagi, rekod pegawai HEP (Hal Ehwal Pelajar) Selangor yang dilantik untuk memantau seluruh pergerakan anak-anak Selangor di Mesir sebenarnya amat buruk sekali. Masalah disiplin dan sikap sebenar pegawai HEP Selangor, Hj. Idris b Mastor bukan lagi satu rahsia bahawa dia cukup dikenali oleh kebanyakan rakyat Selangor. Baru-baru ini, sikap kepala batunya telah menekan usaha baik BAS untuk mewujudkan perlembagaan secara rasmi. Pegawai ini sememangnya enggan untuk mewujudkan perlembagaan BAS kerana khuatir ia akan menyusahkannya. Akhirnya mahasiswa Selangor terpaksa akur dan pasrah bahawa BAS tidak mempunyai prinsip kekal yang boleh digubal dan dilakarkan ke dalam undang-undang tubuh organisasi mereka.

Setiap pertubuhan, hatta persatuan di sekolah menengah sekalipun memiliki undang-undang tubuh sendiri sebagai garis panduan untuk mengawal disiplin ahli-ahli yang menganggotainya. Sayugia ingin saya jelaskan di sini bahawa amalan musyawarah dan toleransi tidak dibenarkan untuk hidup subur dalam suasana tertekan mahasiswa-mahasiswi Selangor, kerana pegawai yang hadir ingin memonopoli seluruh keputusan yang dibuatnya. Bagaimanakah kerajaan Selangor boleh sibuk mengutarakan slogan Selangor Maju 2005, tetapi masih terbukti gagal mengambil keputusan terbaik dalam hal-hal pengurusan seperti ini? Mahasiswa Selangor dipaksa untuk menjadi robot, menerima segala sistem yang tidak menepati prasarana negara maju. Pada kemuncaknya, mereka yang angkuh dengan keputusan tidak membenarkan perlembagaan diwujudkan terus membiarkan sahaja label-label kepartian seperti Kelab UMNO untuk menghantui akal mahasiswa Selangor.

Acapkali pegawai Selangor secara sinis membayangkan wujudnya gerakan parti pembangkang yang cuba menguasai pelajar di Mesir, tetapi seolah-olah terlupa bahawa Kelab UMNO sedang berada di celah ketiaknya. Buktinya, pegawai Selangor ini telah menempatkan beberapa individu berkepentingan di dalam Kelab UMNO ke dalam rumahnya. Setiap langkah dan pemergian pegawai dituruti dengan iringan penuh dedikasi oleh anak didiknya daripada Kelab UMNO. Pada masa yang sama, pegawai tidak ragu-ragu untuk menengking dan menggertak mantan YDP BAS, Ustaz Norhan b Hamsi secara sesuka hati apabila tindakannya tidak dipersetujui. Hal tersebut berlaku sehingga menimbulkan peristiwa penyerahan surat letak jawatan YDP BAS kepada pegawai Selangor.

Tindakan dan sikap pegawai HEP yang tidak mempunyai masalah untuk berkrompomi dengan Kelab UMNO, secara tidak langsung menjadi punca kepada medan perpecahan mahasiswa Selangor. Ia sekaligus meledakkan konflik sosial secara terbuka bila mana sikap pegawai HEP membahagikan situasi menangani mahasiswa Selangor dengan adanya golongan anak emas dan golongan anak tiri di sini. Syukur kepada Allah kerana kita telah dapat menyambut kemerdekaan negara yang ke-50 bulan lalu. Begitu hebat perayaan yang kita sambut, juga pelbagai falsafah di sebalik sambutan kemerdekaan diungkapkan masih terasa kehangatannya. Namun, nilai kemerdekaan ini tidak sepatutnya mahasiswa-mahasiswi menjadi mangsa amalan feudalisme atau kasta pegawai HEP Selangor.

Sememangnya Kelab UMNO yang terlibat sengaja beraksi untuk menguasai gerakan mahasiswa di Mesir dengan melakukan persaingan berat sebelah. Ada program yang telah lama dirancang awal oleh BAS seperti aktiviti bahasa Arab kepada anak-anak Selangor, tetapi penyelarasan program tersebut ditukar sewenang-wenangnya oleh pegawai HEP menjadi program anjuran Kelab UMNO. Begitulah terdesaknya Kelab UMNO untuk mencipta pengaruh di kalangan mahasiswa baru Selangor. Hal ini turut sama dirasai oleh persatuan-persatuan mahasiswa dari negeri lain seperti di Terengganu. Pegawai HEP Terengganu, En. Mat Ropi Busu pernah menyebut ; ..Kalau En.Idris boleh berlaku jahat kepada anak-anak Selangor, saya boleh buat lebih jahat daripada itu.. Inilah kenyataan telah diungkapkannya kepada salah seorang mahasiswa al Azhar disini, mereka sendiri mengiktiraf perbuatan mereka sebagai perbuatan jahat.

Meninjau kegiatan setiap kerajaan negeri di Mesir, memang sejak dahulu lagi usaha-usaha untuk menghakis kesatuan anak-anak negeri melalui teknik bervariasi telah dilakukan. Bermula dengan pengislahan apartment-apartment yang menelan ratusan ribu ringgit, penarikan semula pengiktirafan badan organisasi yang sebelum ini mengetuai kebajikan pelajar, sikap double standard pegawai di setiap kerajaan negeri, seterusnya tohmahan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka sebagai anti kerajaan atau pro-pembangkang. Kelab UMNO yang wujud pula sebenarnya tiada kepentingan lain, selain menyuburkan kerja-kerja mendoktrin mahasiswa-mahasiswi baru dengan haluan kuasa daripada pegawai HEP.


Lampiran 2 - Matlamat Kelab UMNO?


Lampiran 3 – Ikrar Kelab UMNO Luar Negara

Meskipun terdapat daripada matlamat penubuhan mereka yang cuba dijelaskan di dalam sebahagian kertas kerja dan buku direktori tersebut terdapat salah satu subset yang terkandung dalam gerak kerja kesatuan yang dikehendaki oleh Islam, tetapi ianya seolah-olah tiada keselarasan malah kita yang melihat hanya tertipu dengan analogi syiar-syiar Islam mereka. Adakah selama beberapa tahun, sebahagian mahasiswa yang mencacatkan diri di dalam pertubuhan seperti Kelab UMNO ini telah dapat mengubah dasar UMNO kepada nilai dan dasar Islam yang sebenar? Apakah reaksi Kelab UMNO apabila hiburan semahu-mahunya dihidangkan kepada masyarakat Malaysia? Apakah tindakan Kelab UMNO apabila tokoh pemimpinnya menyentuh bahu gebu Dato’ Michelle Yeoh? Bagaimana sikap Kelab UMNO apabila elemen-elemen MTV, Amerikanisasi, gila populariti mencemar budaya pribumi dibawa masuk ke Malaysia? Apakah pula perubahan yang telah dilakukan oleh Kelab UMNO apabila rasuah menjadi bahan pelaburan pemimpin politik UMNO?

Kewujudan Kelab UMNO tiada langsung memiliki disiplin yang tegar untuk mendaulatkan nilai murni dan cita-cita Islam. Jika pelapis agamawan seperti ini yang dikehendaki oleh UMNO, kita risau penegakan syiar Islam di Malaysia hanya akan menjadi utopian. Maka, kerana itulah saya berpendapat bahawa terdapat kekeliruan telah dilontarkan kepada para pencinta Islam yang membawa syiar Islam Hadhari ini. Dalam kaitan ini, pegawai Selangor yang bekerjasama dengan Kelab UMNO turut menyekat kewangan aktiviti berunsurkan dakwah seperti program Ihya’ Ramadhan anjuran anak-anak Selangor. Di akhir peristiwa, anak-anak Selangor terpaksa memberikan sumbangan duit poket peribadi agar aktiviti Ihya’ Ramadhan dapat dijalankan dengan sebaiknya.

Kaedah penindasan yang dilakukan terhadap BAS ini, persis (resemblance is undeniable) nasib yang sama ditimpakan kepada penduduk Palestine. Tahun lepas Presiden Amerika, Bush telah mengeluarkan arahan agar mana-mana aset pertubuhan kemanusiaan yang mengutip dana bagi membantu rakyat Palestine dibekukan. Ketika itu banyak pertubuhan yang gulung tikar menjadi lesu akibat arahan tersebut. Mujurlah Universiti al Azhar ini merupakan harta wakaf milik rakyat Mesir, jika ia milik Kelab UMNO sudah tentu berlaku bermacam-macam angkara yang menyakitkan hati para mahasiswa tempatan dan antarabangsa.


Lampiran 5 – Fasal 6 punca pendapatan


Lampiran 6 – Kertas kerja minta peruntukan RM 27500.00

Apakah wajar ribuan demi ribuan dihabiskan untuk keuntungan organisasi seperti Kelab UMNO? Jumlah peruntukan RM 27,500.00 daripada MB Selangor ketika sesi lawatannya ke Mesir pada awal September lalu merupakan satu pembaziran yang sangat dahsyat. Dengan wang sumbangan tersebut, Kelab UMNO boleh membeli dan memaksa seluruh anak Selangor mendaftarkan diri ke program Kelab UMNO. Sebaliknya jika berlaku penafian terhadap arahan tersebut, penerimaan wang zakat anak-anak Selangor akan ditarik balik. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula turut memberikan dana kewangan kepada Kelab UMNO untuk menjalankan aktiviti kebajikan mahasiswa-mahasiswi baru yang hadir ke Mesir. Pengagihan dana tersebut merupakan bukti ketidakadilan telah dilakukan kepada persatuan berautoriti, BAS untuk menjaga kebajikan anak-anak Selangor di Mesir. Budaya pandang bulu dan amalan diskriminasi inilah yang akhirnya akan menghancurkan kesatuan mahasiswa al Azhar di sini.

Tuntasnya, menjaga kebajikan pelajar bukanlah matlamat kewujudan Kelab UMNO yang sebenar. Kewujudan mereka langsung tidak memberikan manfaat kepada pelajar, kecuali telunjuk lurus kelingking UMNO yang memaksa mereka untuk terus wujud meneruskan agenda kepartian di Mesir ini. Di mana logiknya penubuhan Kelab UMNO ini untuk memastikan kedaulatan syiar Islam tidak dapat dilihat. Di mana juga pengamalan feqh dakwah mereka juga tidak dapat diketahui. Apa yang pasti, kewujudan, asakan, penjajahan dan juga hasutan mereka telah berjaya melemahkan kualiti unggul masyarakat al Azhar. Saya yakin, angan-angan Dato’ Seri Ahmad Badawi untuk mencari pelapis Imam as Syafie dan Imam al Ghazali di dalam ungkapan sajaknya dahulu tidak akan kesampaian.

Rakyat Malaysia
Tolong selamatkan kami
dari belenggu Kelab UMNO dan pegawai HEP


Wassalam"
 
posted by DPP Kawasan Setiu at 4:03 PM | Permalink | 0 comments
Sunday, September 16, 2007
X-File : Sekeping Gambar Palsu!
Artikel bOleh Greenboc

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan isu pembakaran Jalur Gemilang sewaktu tragedi Batu Buruk 12 September 2007. Semua media arus perdana menuding jari kononnya ia perbuatan ahli PAS, dan lebih mendukacitakam Polis Malaysia tanpa usul periksa mempercayai kejadian itu seolah-olah benar-benar berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengulas mengenainya begitu juga ahli-ahli Parlimen dengan nada dan konotasi marah sehingga ada yang menyatakan pembakar bendera itu perlu dibuang negara. Pemuda UMNO negeri Terengganu juga tanpa usul periksa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konon ingin mengadakan kempen memungut tandatangan secara besar-besaran bagi mengutuk "perlakuan " tersebut.


b

Persoalan kini, gambar itu siapa yang merakamkannya yang disiarkan secara meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur ceramah? Pemuda yang membakar bendera itu siapa namanya dan dari mana datangnya? Apa sebenarnya niat polis pula yang secara membabi buta mempercayai gambar itu dan akhirnya bagaimana mentaliti pemimpin UMNO dan ahli parlimen yang mempercayai bulat-bulat sekeping gambar yang tidak diketahui asal-usulnya itu?

Penelitian halus terpaksa dilakukan keatas gambar tersebut dan nantinya kita akan mendapati ia adalah sebenarnya gambar yang dilakukan secara "super-imposed" dibikin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai niat jahatnya yang tersendiri.

Cuba kita amati gambar itu.

a1) Suasana yang ada seolah-olah pemuda yang bertopi keledar itu bersendirian dengan tindakannnya membakar bendera. Tiga pemuda di sebelahnya seperti "tak ambil kisah" terhadap perbuatannya begitu juga pemuda-pemuda yang di atas jalanraya di belakangnya.

Ini bererti perlakuan pemuda yang membakar bendera secara solo itu adalah pelik sehingga tidak ada sesiapa pun ambil kisah terhadap perlakuannya.

Justeru itu ada dua kemungkinan, pertama hanya orang gila biasanya yang tidak akan dipedulikan oleh sesiapa. Kedua imej pemuda yang membakar bendera itu sebenar dilukis kemudian. Saya lebih berat dengan alasan yang kedua. Cuba kita telitikan lagi dengan lebih terperinci terhadap imej itu.

2) Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu malam. Warna jalur merahnya, robekan bendera di sebelah bawah, lambang bulan-bintang berlatarbelakangkan biru dan asap apinya juga tampak jelas semuanya adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak logik malah tidak mungkin sebaran asap itu mempunyai bentuk kaku yang tidak realistik. (lihat kawasan yang ditandakan dengan garis)

b

3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu. (rujuk foto di atas)

Imej pemuda itu jelas ditampal kerana kecacatan yang wujud di sekurang-kurangnya 3 tempat:

A. Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar dan kain pelikat dua orang pemuda di belakangnya.

B. Apabila imej itu diteliti dengan resolusi yang tinggi kita akan dapat melihat kesan tampalan di aliran badan pemuda yang mencangkung itu.

C. Kedudukan bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari hadapan tidak memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.

d

Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti warna tambak yang patching salah sehingga menjelaskan kepada kita ia bukan foto sebenar.

(rujuk foto di atas)

Justeru itu dengan bukti yang ada saya berpendiran bahawa foto berkanaan telah direka dan "doctored" dengan teknik "superimposed" bukan bukannya foto asli.

Kita tidak tahu berapa banyak lagi foto yang direka untuk memburukkan parti pembakang dan berapa ramai pula yang tertipu hasil dari niat dan muslihat yang tidak jujur ini. Kutukan ke atas tangan dan diri orang yang mereka-reka serta mengada-adakan perkara yang tidak ada.
Dan lebih memalukan lagi Polis Di Raja Malaysia mengambil foto ini sebagai asas untuk mendakwa tentang wujudnya perlakuan tersebut tanpa memperdulikan kewsahihan foto berkenaan. Atau ada apa-apakah tujuan PDRM bertindak sedemikian?


Sumber : Tranungkite Online

 
posted by DPP Kawasan Setiu at 11:54 AM | Permalink | 0 comments
Thursday, September 13, 2007
Lagi Gambar Menarik di Batu Buruk
Oleh : Saudara Amdang81

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kebetulan dapat beberapa maklumat tanpa sengaja. Aku pergi photostat kad pengenalan, jumpa orang photostat surat ni. Aku minta sekeping. Hehehe. Kat bawah ni beberapa gambar dan maklumat berkaitan tempat kejadian di Batu Buruk.

Surat penolakan ceramah dari pihak polis.
Surat bertarikh 6 Sept 2007. 4 alasan dikemukakan iaitu:
1. Kawasan kediaman awam yang padat;
2. Berlaku kerosakan prasarana di Kawasan Rekreasi Batu Buruk;
3. Mengganggu ketenteraman awam berhampiran dengan Istana Al-Muktafibillah Shah, kediaman hakim serta lain-lain ketua jabatan;
4. Gangguan kepada pelancong yang menginap di resort-resort berhampiran.

Surat Rayuan bertarikh 8 Sept 2007. Bagaimanapun Dato Ayub mengatakan sehingga Jam 6 petang, 8 Sept 2007 pihak urusetia ceramah tidak datang berjumpa untuk mengadakan perbincangan. Maklumat yang ambe dapat, sudah ada pertemuan sekitar Jam 5 pada hari berkenaan. Sebaliknya penganjur ditanya kenapa tidak datang sahaja pada 7 Sept 2007 (Jumaat).
"Kita bercadang untuk meminta mereka memindahkan kawasan ceramah ke Rusila. Namun sehingga pukul 6 petang semalam, wakil mereka gagal hadir untuk berbincang tentang perkara itu," katanya - Bernama.
Surat larangan kepada tuan premis. Menurut tuan premis terbabit, alasan yang diberikan langsung tidak munasabah sebaliknya ada alasan lain yang tersembunyi.
Gambar diambil dari dalam pagar premis tapak ceramah. Lihat betapa lega dan lapangnya kawasan ini. Tiada sebarang prasarana rekreasi di sini. Bagaimana mungkin berlaku kerosakan. Prasarana yang dimaksudkan pihak polis berada di luar kawasan ceramah.
Gambar sedikit ke kiri. Diambil di hadapan pintu pagar premis.

Gambar lagi ke kiri. Lihat betapa luasnya kawasan ini. Disebut oleh tuan premis, tapak ini pernah beberapa kali menjadi tempat ceramah tanpa sebarang provokasi dari pihak polis kecuali pada akhir tahun lalu dan yang terbaru Sabtu lalu. Tapak ini pernah menghimpunkan kira-kira 100,000 orang semasa pelancaran GERAK pada tahun 1999 yang lalu. Tapak ini juga merupakan tempat pertama Anwar Ibrahim berceramah selepas dipecat dalam kerajaan. Tapak ini agak sinonim dengan Parti Keadilan Rakyat.

Kelongsong Bom Pemedih Mata yang dijumpai di hadapan Permai Inn. Jarak sini ke tapak ceramah aku anggarkan 0.8 KM. Pedih wooo kena ni. Nampak je kecik, tapi dia punya asap memang kaw!! Aku pernah beberapa kali mengalami suasana asap yang bergas ini. Serik? Aku tak tahu laa. Serik semasa kena asap tu. Batuk kering, mata berair tak yah cakap laa, nak nafas susah, rasa seolah-olah inilah hari terakhir hidupku. Seksa!!
 
posted by DPP Kawasan Setiu at 12:40 AM | Permalink | 0 comments
Wednesday, September 12, 2007
MEMORANDUM KEPADA KETUA POLIS NEGARA
MEMORANDUM

PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26925000 Faks: 03-26938399

Kepada : YBhg. Tan Sri Musa Hassan
Ketua Polis Negara
Bukit Aman, Kuala Lumpur

Daripada : YB Salahuddin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Tarikh : 12 September 2007

BANTAHAN TERHADAP
TRAGEDI DI BATU BUROK,
KUALA TERENGGANU
8 SEPTEMBER, 2007

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
No. Pendaftaran 733 (Penang)
318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26925000 Faks: 03-26921199

MEMORANDUM
Bantahan terhadap Tragedi di Batu Burok, Kuala Terengganu,
8 September, 2007

PAS selaku salah satu anggota Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil
atau BERSIH memandang serius kejadian di atas ekoran majlis
perhimpunan aman anjuran BERSIH pada malam kejadian.

PAS menuntut sebuah Suruhanjaya Di Raja segera dibentuk untuk
menyiasat dan mengenal-pasti punca-punca yang mengakibatkan
tragedi ini termasuklah tindakan seorang anggota polis melepaskan
tembakan ke arah orang awam sehingga tercedera.

Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini mengambil inisiatif menyerahkan
memorandum ini kepada YBhg Tan Sri Musa Hassan selaku Ketua Polis
Negara dengan harapan agar pihak polis turut memberikan perhatian
serius terhadap isu ini.

12 SEPTEMBER 2007

SALAHUDDIN AYUB
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
 
posted by DPP Kawasan Setiu at 2:55 AM | Permalink | 0 comments
Monday, September 10, 2007
Apa Yang Pelik Dalam Drama Keganasan Polis?
Oleh : Sdr Amdang81

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Penat betul aku menerima sms dan call dari kawan-kawan bertanyakan pasal peristiwa Drama Keganasan Polis di Batu Buruk. Seawal jam 9.30 lagi aku telah menerima call bertanyakan suasana di Batu Buruk. Jika yang aku terima call, aku akan layan sebaiknya. Namun, jika soalan dalam bentuk sms aku agak liat sedikit. Namun, beberapa soalan yang lazim telah aku siapkan jawapan dari awal lagi. Maklumat semuanya diperolehi dari kawan-kawan di Terengganu yang senantiasa aku hubungi. Sehinggalah aku terima sms amaran dari **l***. Aku senyum, tapi mula 'takut' nak call kawan-kawan lagi.

Bila mendengar cerita dari kawan-kawan, dan selepas membaca berita akhbar dan TV, maka aku nampak beberapa perkara pelik dan sumbang dalam apa yang dinamakan mereka sebagai rusuhan itu. Apa yang aku nampak adalah sebuah Drama Keganasan Polis!! Mula-mula aku mahu simpan sahaja syak aku itu, tetapi setelah didedahkan oleh Cikgu Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu tentang wujud apa yang dinamakan "Pre-plan", maka aku terus yakin apa yang aku syak itu ada asasnya.

Pertama yang aku terkejut bila akhbar melaporkan selain batu dan kayu yang dilempar oleh 'perusuh', turut dilemparkan adalah BOM PETROL. Kewujudan BOM PETROL ini pada aku pelik kerana ceramah yang dianjurkan BERSIH itu hanya diketahui DIBATALKAN bilamana penyokong gagasan BERSIH sampai ke tapak program. Cuma mungkin ada beberapa orang sahaja yang tahu ceramah tersebut dibatalkan. Kewujudan BOM PETROL pada aku menunjukkan SUDAH ADA persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak tertentu untuk melawan KEGANASAN yang akan dicetuskan oleh pihak polis. Orang yang sudah tahu ini sudah tentu orang yang berpakat untuk mencetuskan huru-hara itu.

Mungkin ada yang mengatakan BOM PETROL ini mudah sahaja penyediaannya. Ambik botol dan bubuh minyak petrol sahaja. Maka siap. (Ni hanyalah andaian aku sahaja. Aku langsung tidak tahu tatacara penyediaan BOM PETROL yang sebenarnya)

Keduanya, bentuk 'rusuhan sebenar' yang berlaku selepas kekacauan yang timbul. Aku paling tertarik bila melihat satu gambar seorang pemuda yang memakai topi keledar dan membakar Jalur Gemilang. Aku tidak hairan sekiranya mereka yang bergelar pemuda PAS membakar bendera UMNO jika berada dalam situasi ini, tetapi membakar Jalur Gemilang pada aku bukan sifat pemuda PAS khususnya. Apatah lagi dengan memakai helmet, dan berpakaian bukan mahu mendengar ceramah, tetapi mahu membuat onar dan kekacauan. Perbezaan boleh dilihat pada pakaian orang lain yang berada berhampiran yang biasanya berkain pelikat, berkopiah dan berbaju Melayu. (biasanya datang selepas solat Isyak dari surau/ masjid berdekatan). Lihat gambar bawah:

Gambar di atas jelas menunjukkan wujud satu puak yang memang datang selepas Mr Director berkata "action!". Kedatangan memang hanya untuk membuat kekacauan dan kekeliruan. Beberapa kawan yang dihubungi sekitar jam 1.30 pagi hari kejadian memberitahu, mereka tidak tahu bagaimana tiba-tiba muncul sekumpulan pemuda yang membuat kekacauan. Kumpulan ini cuba dicamkan, tetapi gagal kerana tiada satu pun ahli kumpulan terbabit dilihat familiar dalam apa jua program / mahupun ceramah PAS sebelum ini. Mereka datang dan melakukan kekacauan sebelum berlalu begitu sahaja.

Ketiganya, aku cukup pelik kenapa pihak polis tidak menggunakan pimpinan BERSIH yang berada di tempat kejadian bagi membincangkan pengunduran penyokong-penyokong mereka. Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana polis sebelum ini dalam mengundurkan penyokong sesuatu puak dalam perhimpunan umum biasanya. Arahan diberikan kepada pimpinan tertinggi yang ada di tempat kejadian supaya peserta / penyokong berundur dan bersurai secara aman. Ini kerana pihak polis tahu suara / arahan mereka tidak akan dilayan sepenuhnya. Seolah-olah sengaja perkara ini dibiarkan bagi berlaku ketegangan dan pertempuran. Cukup terancang!! Siapa pengarah Drama yang cukup licik ini?

Keempatnya, bila terbaca akhbar dan melihat berita yang tersiar, aku tertanya-tanya, di mana kenyataan pimpinan pembangkang khususnya PAS Terengganu?. Sinar Harian memetik sedikit sahaja kata-kata Dato' Pesuruhjaya Negeri yang berkata ini adalah satu kejadian yang paling buruk dan tindakan pihak polis yang paling kasar (menggunakan peluru hidup). Selebihnya kenyataan pimpinan UMNO / BN termasuk Ketua Polis Terengganu yang langsung tidak berada di tempat kejadian, tetapi mengeluarkan kenyataan seolah-olah satu 'siasatan' telah dilakukan dengan menunding jari kepada pembangkang! Apa salahnya jika polis yang melepaskan tembakan itu ditahan kerana melepaskan peluru hidup kepada orang awam yang tidak bersenjata? Atau paling kurang menyatakan akan menyiasat dengan lebih terperinci? Ini tidak, kenyataan yang dibuat terus dengan menyalahkan mereka yang ditembak. Salah kerana ditembak, tetapi yang menembak tidak bersalah. Mudahnya mereka membuat kesimpulan itu.

Itu belum memetik beberapa kenyataan pimpinan UMNO seperti Najib yang cepat bersuara seolah-olah tindakan polis TEPAT dan BETUL apabila mengambil tindakan kepada pembangkang sebegitu. Walau dihujung kenyataanya dia mengakui belum menerima laporan berkenaan hal terbabit. Juga Hishamudin yang cepat melatah apabila dikhabarkan Sang Saka Bangsanya dibakar walau mungkin yang melakukan pihaknya sendiri!

Banyak pula keraguan yang ada. Akhirnya cukuplah tindakan yang dilakukan polis kepada wartawan yang ada di sekitar kejadian malam itu menjadi penapis terhadap segala keganasan dan tindakan jahat yang diarahkan UMNO dan BN. Bayangkan cameraman dan wartawan yang bertugas turut ditahan bagi MEMADAMKAN apa sebenarnya yang berlaku. Hasilnya lihatlah apa yang keluar di dada akhbar. Bukan sahaja gambar dan berita yang berat sebelah, malahan tuduhan melulu terhadap pembangkang melebihi apa yang patut.

Apapun drama keganasan polis ini hampir berjaya sebenarnya. Aku dapat rasakan pada mulanya mereka cukup puas hati atas kejayaan drama terbabit. Tetapi kegatalan seorang polis yang memetik picu dan melepaskan tembakan peluru hidup mungkin menyebabkan drama ini dilihat pincang dan bermasalah untuk diterima penonton. Sebab itulah berita perihal tembakan ini kurang disebut dan mahu disembunyikan sebenarnya oleh pihak polis dan yang bersekongkol dengan mereka. Akhbar seolah-olah dilarang menyiarkan berita ini walaupun pelbagai pihak sudah mendedahkannya di internet dan kebenaran berita itu juga memang disahkan sendiri oleh polis. Cuma meraka takut situasi yang ditunjukkan polis itu akan lebih mencalarkan imej polis yang sudah dilihat buruk oleh masyarakat.

Tahniah kepada mereka yang turut sama membantu menjayakan Drama Keganasan Polis ini. Aku sebenarnya tidak sekali-kali menyalahkan 100% kepada pihak polis, tetapi tunduk dan patuhnya polis terhadap pihak yang 'mengkambinghitamkan' mereka menunjukkan polis hilang identiti yang bersih dan betul. Turutlah apa yang patut dan perlu, tetapi jangan sampai menjadi BARUA. Apa la sangat setakat tembak dengan pistol, bom dengan C4 pun rakyat tak heran. Peliknya rakyat Malaysia.

Makluman: Sebelum ini tiada sebarang kekacauan dan kekecohan yang timbul dalam apa jua aktiviti / ceramah PAS melainkan dengan kehadiran pihak polis. Kedatangan polis membuktikan wujud satu peranan dalam membentuk satu tekanan dan mewujudkan provokasi. Apa salahnya membiarkan PAS ceramah (walau tanpa permit sekalipun) sekiranya apa yang disampaikan itu baik untuk pengetahuan masyarakat? Hanya kerana tak baik untuk UMNO jer menyebabkan polis selalu hilang kawalan.

Nota: **l*** di atas adalah merujuk kepada Celcom yang memberi amaran tempoh panggilan berada dalam keadaan maksima. Bila takut di BAR, maka aku terpaksa slow menghubungi orang lain. Biar maklumat je masuk. sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi

p/s: Mohon sebarkan maklumat yang diperolehi / dibaca kerana akhbar perdana LANGSUNG tiada memberi ruang kepada pembangkang menjelaskan isu. Manakala kebanyakan laman web pro- pembangkang tidak dapat dilayari kerana kesibukan yang melampau!
 
posted by DPP Kawasan Setiu at 7:27 PM | Permalink | 0 comments
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan

Assalamualaikum...

Selamat menunaikan ibadah puasa diucapkan kepada semua pengunjung laman ini...semoga mendapat rahmat, keampunan dan kelepasan dari api neraka dari ALLAH .

Ameen.

Pentadbir laman.
 
posted by DPP Kawasan Setiu at 6:16 PM | Permalink | 0 comments
Gambar-gambar Sekitar Batu Buruk
Oleh amdang81

aNi adalah sebahagian gambar apa yang ada di Batu Buruk pada malam 8/9/2007. Ramai cameraman ditangkap termasuk dari Siasah, Harakah, TV pas.com dan juga cameraman dari lain-lain akhbar. Mengikut kenyataan akhbar Dr Syed Azman, gambar-gambar yang tersiar dalam akhbar kebanyakannya dari pihak polis. So, kalu nampak polis tu baik pun padan laa. Gambar ni aku jumpa kat internet.


a

b
Cuba teka apa yang ada dibelakang saya?

s
"Aku ni baru lepas accident, kalu tak, aku rempuih ja nih"
Agaknya tu la yang Abg Mat duk fikir. Hehehe

b
Haji Wahid Endut call sape tu? Maybe tanya khabar awok-awok kat luar guane la jadinya.

t
Mana boleh masuk!! Ini tempat aku yang punya! Berambuss!!! Kata Polis tu dengan megahnya.

f
Masa ni Cikgu Pa call boss polis Terengganu. Beliau minta nak masuk dalam gak. Nak jumpa tuan rumah kata beliau. Akhirnya dapat gak.

y
Tengah bisik apa tu? Ooo. Ni mesti rancang camana nak lepaskan diri dari kepungan FRU yang perkasa tu. Jangan marah aku cakap diorang ni PERKASA. FRU Terengganu mmg bagus. Sebarang rintangan dan halangan akan mereka rentasi. Tak mcm kat Melaka. Ngan BABI pun takut!! Sian FRU, Selamat Babi.

g
Tangkap!!! Tangkap!!! Jerit seorang pegawai polis yang bertugas. Akhirnya, bekas YB Kuala Nerus ditangkap seorang polis berpakaian preman. Selamba tul tangkap ek.
Bayangkan kalu kita duk luar, tiba2 ada org tu tangkap ngaku polis. Then rupa-rupanya kita ditipu dan dirompak. Fuhhh. Bahaya, bahaya..
r
Perkasanya polis-polis kita. Selamba je diri tengah jalan. Klau polis trafik tak pe la kuat. Tahan sebelah tangan pun lori leh berhenti.

f
Tu dia polis buat roadblock. Tu sumer tu motor polis la tu. Kalu nampak motor-motor ni cepat-cepat la lari. Hehehe. Catat no plate tu!!

Gambar-gambar dari ibnu's Fotopages
Bantuan teknikal oleh zul_mz untuk "mencerahkan" imej2 berkenaan
 
posted by DPP Kawasan Setiu at 7:49 AM | Permalink | 0 comments
Tragedi Batu Buruk: Satu konspirasi jahat polis dan Umno-BN
Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Mon | Sep 10, 07 | 05:27:43 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Insiden berdarah di Pantai Batu Buruk 8 September lalu adalah hasil konspirasi jahat dan provokasi pihak polis yang dipergunakan oleh Umno-BN.

Maklumat tersebut disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tengahari ini.

ImageJelasnya, beliau mendapat maklumat daripada Adun Wakaf Mempelam,Abdul Wahid Endut yang menyatakan bahawa terdapat saksi yang telah menyatakan bahawa ia adalah 'pre-plan' yang melibatkan antara Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Dato' Wan Farid.

"Maklumat tersebut menyebutkan bahawa kira-kira jam 3 hingga 4 petang pada 8 September lalu, sewaktu satu kursus diadakan, seorang polis yang mengendalikan kursus tersebut telah menerima satu panggilan yang memaklumkan bahawa satu 'huru-hara' akan berlaku menjelang malam nanti di pantai Batu Buruk dan pegawai polis bertugas yang tidak beruniform dikehendaki memastikan identiti dengan memakai riben," jelasnya.

"Jika fakta ini dipertikaikan, dia boleh soal siasat saya," ujarnya menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung kenyataan tersebut.

Polis roboh pentas bila tuan rumah tiada

Menceritakan kronologi kejadian tersebut, ujar Mustapa oleh kerana ia adalah 'pre-plan' atau usaha terancang, pihak polis telah bertindak berjumpa dengan tuan rumah yang menjadi premis ceramah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk memujuk tuan rumah agar tidak membenarkan pihak Bersih mengadakan ceramah pada malam itu.

Tuan rumah tersebut diminta untuk menandatangani sepucuk surat pada 7 September yang tidak mengizinkan Bersih meneruskan hasrat mereka.

Namun, tuan rumah yang enggan berbuat demikian menyatakan bahawa rumahnya adalah premis tetap pembangkang mengadakan ceramah sejak tahun 1990-an lagi.

Polis telah meneruskan usaha yang sama pada keesokan harinya, 8 September jam 3 petang namun usaha mereka gagal.

Dua jam kemudian, pihak polis telah datang ke rumah tersebut sewaktu ketiadaan tuan rumah lalu bertindak merobohkan pentas ceramah yang akan diadakan ceramah malam nanti.

Ujarnya, penganjur telah membuat rayuan untuk meneruskan ceramah, dan telah dipanggil untuk berunding pada jam 5 petang, tetapi mereka tetap tidak memberikan kelulusan.

Pada jam 9 malam, Yang DiPertua Kawasan Batu Buruk, Abdul Wahid Endut telah menghubungi Ketua Polis Terengganu untuk merayu agar membenarkan ceramah tersebut diteruskan namun gagal.

Kemudian pada jam 9.40 malam beliau bersama-sama pemimpin Bersih telah pergi ke rumah tersebut bagi menjelaskan kedudukan sebenar status ceramah tersebut kepada tuan rumah, tetapi mereka telah dihalang dari masuk ke kawasan rumah terbabit.

Tembak membabi buta

Setelah perbincangan dibuat, polis masih tetap berkeras untuk tidak memberikan keizinan kepada pihak penganjur di saat orang ramai telah berhimpun kira-kira setengah kilometer dari tempat kejadian.

Kemudian, FRU mula menembak 'water cannon' dan gas pemedih mata secara membabi buta ke arah orang awam yang berterusan hingga jam 1.30 pagi.

Salah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam, dan telah terkena kepada Suwandi Abdul Ghani, 37, yang menembusi paru-parunya, serta Muhammad Azamn Aziz, 21, yang terkena pada lehernya.

Sementara itu, pihak polis juga telah bertindak menangkap beberapa pimpinan PAS yang dimulai oleh Exco PAS Terengganu yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Haji Shukrimun.

Orang awam yang turun bagi menghadiri ceramah tersebut juga cuba menangkap pegawai polis yang tidak beruniform setelah menyedari kehadiran dan tindakan mereka yang mencurigakan.

Dalam keadaan yang tidak terkawal tersebut, polis telah berjaya menangkap 23 orang awam, berpuluh-puluh orang awam telah tercedera dan empat parah.

Mustapa kesal dengan perancangan yang dibuat oleh polis dan Umno-BN mencetuskan provokasi yang menyebabkan kekecohan terjadi.

Bahkan beliau percaya terdapat campurtangan Umno kerana ada pihak yang melihat ada beberapa 'orang yang tidak dikenali' muncul setelah kejadian tersebut membawa bendera Umno serta membakarnya.

"Kemudian, mereka menuduh pembangkang yang mencetuskan provokasi tersebut disebabkan adegan membakar bendera tersebut," katanya tegas.

Terdapat tiga orang wartawan yang ditangkap serta semua jurugambar juga dirampas kamera mereka.

"Sebab itu kita lihat hampir semua akhbar menyiarkan gambar yang sama, kerana sumber maklumat serta gambar itu adalah daripada polis yang bertugas, bukan daripada wartawan dan jurugambar yang bertugas," tegasnya lagi.

PAS tubuh 'legal team, hantar memorandum pada Suhakam

Ini adalah kali pertama pihak polis menggunakan peluru hidup dalam majlis ceramah bagi menyuraikan orang ramai yang hadir dan bertentangan dengan prosedur polis.

Katanya, PAS juga telah membuat laporan polis bagi pihak mangsa yang ditembak.

Beliau menyerahkan tugasan untuk menyiasat kejadian tersebut kepada pasukan 'legal team' yang diketuai oleh AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin

PAS juga ujarnya, akan mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam), Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Terengganu berhubung insiden tersebut.

Sidang media yang diadakan bertujuan memperbetulkan maklumat yang telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang menyatakan bahawa pembangkang telah bertindak.

Sidang yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman dimulai dengan penjelasan Dato' Mustapa Ali yang diikuti oleh kenyataan beberapa pimpinan Barisan Alternatif lain iaitu, Setiausaha Agung Keadilan, Tan Sri Khalid Ibrahim; Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Arutchelvan; Jurucakap Bersih, Ronnie Liu; Ahli Parlimen Seputeh, Theresa Kok dan Jurucakap Suaram, Yap Swee Seng.

Dalam sidang tersebut, beliau menyatakan kebimbangan terhadap orang ramai yang telah mempunyai persepsi buruk kepada penganjur iaitu PAS sebagai tuan rumah yang mengadakan program Bersih ini sebagai tidak melakukan proses yang sepatutnya menurut undang-undang.

"PAS telah mengemukakan permohonan untuk mengadakan program tersebut berdasarkan bukti surat yang bertarikh 30 Ogos," ujarnya sambil menunjukkan lampiran surat yang dikemukakan.

Pihak polis ujarnya menjawab permohonan tersebut, bahawa ia tidak diluluskan pada 6 September yang lalu kerana semua alasan ini tidak boleh diterima kerana ia tidak benar.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Anuar Tahir; Dato' Abu Bakar Chik; Dr Dzulkifli Ahmad; Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar; Sekretariat Bersih, Faizal Mustafa; Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sidang media kira-kira dua jam tersebut mendapat liputan yang meluas daripada seluruh media serta pegawai-pegawai polis yang diarahkan datang bertugas untuk mendapatkan maklumat. - mks.

 
posted by DPP Kawasan Setiu at 7:46 AM | Permalink | 0 comments
Sunday, September 9, 2007
Menjelang PRU ke-12: PAS yakin perintah semula Terengganu
mPeluang PAS Terengganu untuk kembali ke tampuk pemerintahan semakin cerah setelah rakyat kebanyakkannya mula menilai prestasi kerajaan BN negeri sejak lebih tiga tahun berlalu. Senario politik juga seakan memihak kepada PAS di Terengganu dengan pelbagai isu ‘menarik’ dan adakah PAS benar-benar bersedia menerima mandat baru menjelang PRU ke-12 akan datang. Berikut adalah wawancara wartawan Harakah, Awang Harun bersama Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali (foto) di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri, baru-baru ini.

Bagaimana dengan senario politik di Terengganu hari ini dalam suasana bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-12 akan datang?

Kita sedang memerhatikan perkembangan ini bersama-sama dengan rakyat Terengganu dan kita telah melihat perkembangan ini semenjak daripada BN mngambil-alih kerajaan Terengganu pada tahun 2004. Kita (PAS) telah memerintah negeri Terengganu selama empat tahun iaitu selepas Pilihan Raya 1999 sehinggalah 2004.

Berdasarkan perbandingan senario sewaktu kita memerintah dan selepas BN mengambil-alih. Rakyat yang memerhatikan perkembangan ini dan membuat perbandingan sekarang ini sedang menghadapi suasana yang resah gelisah. Oleh kerana, apa yang dijanjikan oleh BN sewaktu Pilihan Raya 2004 dahulu tidak dilaksanakan oleh mereka.

gTanpa menafikan beberapa perkara yang mereka lakukan tetapi rakyat Terengganu sebenarnya tidak dapat menikmati apa yang disebut pemimpin Umno suatu pembangunan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Sebenarnya, kesan daripada apa yang dilakukan oleh mereka sehingga sekarang sudah tiga tahun lebih menimbulkan beberapa isu dan di antaranya ada tiga isu besar yag dikaji oleh satu kumpulan pengkaji daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tiga besar itu ialah pertamanya, soal pengangguran yang sangat tinggi dalam negeri Terengganu dan peluang pekerjaan yang sangat terbatas. Kedua, kadar kemiskinan yang semakin tinggi berbanding dengan sewaktu kita memerintah dan ketiganya, ialah soal gejala sosial dan jenayah sosial yang juga semakin meningkat dalam negeri kita.

Kemiskinan misalnya, sewaktu kita (PAS) mengambil-alih pemerintahan tahun 1999. Kadar kemiskinan ialah 17.3 peratus dan kita telah melakukan beberapa usaha untuk menurunkan kadar kemiskinan ini. Kita telah pun berjaya menurunkan pada tahun 2001 kepada angka 14 peratus dan pada tahun 2003 turun lagi kepada 10.2 peratus. Tetapi malangnya, apabila BN mengambil-alih pemerintahan, angka yang terakhir yang kita dapati daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) iaitu pada tahun 2006, kadar kemiskinan itu meningkat kembali menjadi 15.4 peratus. Ini satu kegagalan yang dilakukan oleh kerajaan hari ini.

Manakala, soal gejala sosial dan jenayah sosial yang kita sama-sama maklum dan kita sama-sama memerhatikan dan kita sama-sama melihat. Kita tengok sahaja akhbar hari ini, kita akan bertemu dengan kes-kes gejala sosial dan jenayah sosial dan antaranya ialah rompakan, kecurian, rogol, pembunuhan dan lain-lain yang melahirkan satu suasana yang tidak aman bagi rakyat negeri Terengganu.

Di samping itu dari sudut ekonomi, walau pun kerajaan BN Terengganu mendapat sumbangan daripada ‘Dana Khas’ iaitu duit daripada royalti minyak sebanyak RM1.3 bilion, dan tiap-tiap tahun RM750 juta; ia telah dibelanjakan untuk projek-projek yang tidak mendatangkan manfaat secara langsung kepada rakyat.

lMisalnya, pembangunan Pulau Duyong yang hendak dijadikan sebagai destinasi pelancongan sama dengan Monsoon Cup dan juga Taman Tamadun Islam yang menempatkan Masjid Kristal juga projek pelancongan yang memakan belanja RM750 juta itu. Ianya, bukan sahaja tidak dapat dimanfaati oleh rakyat secara langsung tetapi pembangunan itu sendiri ‘dibolot’ oleh satu syarikat atau seseorang yang bukan sebenarnya berasal dari negeri Terengganu.

Saya boleh sebut namanya iaitu Datuk Patrick Lim daripada Pulau Pinang, dan kenapa dia boleh dapat ini semua kerana dia dilindungi oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh. Ini merupakan perkara yang sangat tidak disenangi oleh kontraktor tempatan Terengganu walau pun mereka punyai lesen ‘Kelas C’ tetapi telah diketepikan.

Dan begitu juga untuk memanfaatkan tenaga profesional misalnya dari segi arkitek juga tidak digunakan arkitek tempatan, walau pun arkitek tempatan juga mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian. Tetapi semua ini yang berkait dengan pembangunan ketiga-tiga projek ini telah dilaksanakan melalui syarikat Inqwill Capital dan T-Best yang sebenarnya memonopoli projek tersebut. Pihak yang mendapat keuntungan ialah syarikat ini dan pemimpin-pemimpin politik negeri Terengganu yang mengambil kesempatan daripada projek ini.

Jadi kita (PAS) melihat perkembangan yang berlaku sekarang dan kecenderungan rakyat sudah berubah daripada dahulu. Kita melihat sewaktu baru-baru mereka mengambil-alih, terdapat suatu harapan yang tinggi daripada rakyat dan sekarang ini harapan itu sudah ‘hancur’ kerana mereka (rakyat) merasakan sendiri apa yang dilakukan itu.

Apakah benar rakyat khususnya pengundi di Terengganu telah menolak PAS dan Barisan Alternatif (BA) dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 yang lalu?

rSebenarnya dalam Pilihan Raya 2004, pengundi tulen negeri Terengganu yang pernah memberikan undi kepada kita terdiri dari PAS dan KeADILan sebenarnya tidak ‘menolak’ kita. Tetapi yang memenangkan BN dalam Pilihan Raya 2004 ialah hasil daripada konspirasi dan manipulasi pemimpin tertinggi Umno dengan ‘orang-orang penting’ tertentu dalam SPR dan ‘orang-orang penting’ juga daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Konspirasi inilah yang menyebabkan berlakunya kemenangan bagi BN dengan mereka mendatangkan pengundi-pengundi yang sebenarnya tidak pernah mengundi di Terengganu tetapi didatangkan untuk mengundi BN. Kita (PAS) sudah mengesan perkara ini.

Pada pandangan Dato’, bagaimana dengan peluang PAS kali ini?

Sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Faktor yang menyebabkan kita (PAS) tidak mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya tahun 2004 ialah hasil daripada konspirasi yang saya sebutkan tadi. Dan kita (PAS) telah mengenal pasti orang yang bertanggungjawab itu. Tetapi saya tidak boleh mendedahkan nama-nama mereka ini melainkan kalau ada satu Suruhanjaya Bebas atau Suruhanjaya DiRaja yang boleh menyiasat tentang Pilihan Raya 2004. Saya bersedia untuk ‘mendedahkan’ nama-nama mereka yang terlibat tetapi jelas ialah kospirasi dari tiga pihak iaitu pimpinan tertinggi Umno, orang-orang - bukan SPR keseluruhannya - tetapi orang-orang tertentu dalam SPR dan orang-orang tertentu yang merupakan pegawai tinggi dalam KDN yang bertanggungjawab itu.

Jadi oleh kerana itu, dengan perubahan itu rakyat melihat bahawa BN sebenarnya tidak melaksanakan apa yang mereka cakap dan ditambah dengan ‘kezaliman’ dan ‘kerakusan’ yang mereka lakukan terhadap rakyat dan melahirkan banyak masalah-masalah yang wujud dalam negeri Terengganu sekarang. Maka, perubahan yang berlaku ini InsyaAllah akan memberikan kelebihan kepada BA, PAS dan KeADILan (PKR). Dan InsyaAllah, “kita akan memenangi semula negeri Terengganu dalam pilihan raya yang akan datang”.

Jadi apakah tawaran PAS Terengganu kepada rakyat jika diberi semula mandat memerintah negeri dalam Pilihan raya Umum Ke-12 akan datang?

Kepada sesiapa yang mengikuti program yang kita laksana sewaktu memerintah selama empat tahun (1999-2004) akan melihat pelbagai aspek pembangunan yang telah kita lakukan. Antara yang boleh saya jelaskan ialah soal tanah kerana kita perlu menyedari bahawa, negeri Terengganu masih digolong dalam negeri pertanian. Walau pun ada perindustrian yang berlaku dalam negeri Terengganu tetapi sebahagian besar rakyat masih bergantung kepada pertanian.

yKita (PAS) telah melakukan suatu 'reformasi tanah' yang tidak pernah dibuat sebelum kita mengambil alih pemerintahan tahun 1999. Rakyat semua tahu bahawa, sepanjang tempoh pemerintahan BN sebelum kita mengambil alih tahun 1999 itu permohonan tanah telah dibekukan, walau pun tanah-tanah tertentu ada diberikan kepada orang-orang tertentu, tetapi kepada rakyat tanah telah dibekukan.

Kita telah mengadakan satu reformasi dengan menyelesaikan beberapa aspek daripada soal pembangunan tanah dan pemilikan tanah. Kita telah menyelesaikan geran tanah yang berkait dengan Undang-undang, yang berkait dengan tanah pinggir dan mungkin rakyat menyedari tanah pinggir ini telah wujud sejak tahun 60-an tetapi sampai sewaktu kita (PAS) mengambil alih tidak ada satu pun penyelesaian yang dibuat berkait dengan tanah tersebut. Rakyat tidak dapat geran apa pun dengan tanah pinggir ini. Kita telah menyelesaikan soal tanah pinggir ini dalam beberapa daerah dan proses itu sedang berjalan apabila kita tidak lagi memerintah.

Keduanya, soal tanah Felda walau pun bayaran balik itu telah ditunaikan oleh peneroka tetapi geran tidak diberikan kepada mereka (rakyat). Kita telah menyelesaikan geran tanah Felda ini kepada penerokanya di beberapa daerah, walau pun masih ada yang belum selesai tetapi itu dalam proses penyelesaian yang tunggu masa sahaja tetapi kita tidak mempunyai waktu kerana kita tidak lagi menjadi pemerintah pada waktu ini.

Reformasi baru yang kita lakukan ialah kita tumpukan pada dua aspek iaitu tanah lot perumahan kepada rakyat di negeri Terengganu yang tidak ada tempat tinggal serta tanah untuk dibangunkan rumah. Walau pun mereka telah berkahwin sama ada mereka menyewa atau menumpang di rumah mentua atau keluarga terdekat. Kita telah mengambil perjalanan menyelesaikan masalah ini dengan memberi dan menyediakan tapak lot ini di semua daerah dalam negeri Terengganu. Dan juga lot pertanian sebagai sumber rezeki kepada petani-petani yang tidak ada tanah dan mereka menjadikan itu sebagai sumber pendapatan mereka.

Proses ini dapat kita (PAS) lakukan dengan lebih cepat kerana kita mengambil manfaat daripada juru ukur swasta yang boleh melaksanakan tugas ini dengan cepat berbanding dengan Pejabat Tanah yang tidak mempunyai cukup tenaga untuk berbuat demikian. Kita telah menyelesaikan banyak lot-lot yang dimohon dari rakyat berdasarkan kaedah yang kita lakukan ini.

Apabila kita membuka permohonan kepada rakyat, kita telah menerima permohonan sebanyak 120,000 permohonan tanah tersebut. Kita (PAS) telah menyelesaikan sebanyak 50,000 lot tanah berdasar kepada peringkat-peringkat kategorinya. Sebahagiannya, telah kita (PAS) berikan geran dan sebahagaian lain Lesen Menduduki Sementara (LMS) dan ada di peringkat ‘lay out’ yang telah dikenal pasti tempat-tempatnya.

fdTetapi malangnya, kerajaan Umno/BN yang mengambil alih tahun 2004 ini telah mengkhianati polisi yang kita lakukan dan memusnahkan harapan rakyat untuk memiliki tanah dengan program yang kita lakukan ini. Sebahagian besar rakyat negeri Terengganu tahu bahawa sepatutnya polisi yang baik yang kita (PAS) lakukan ini di sambut terus oleh BN. Mereka (BN) telah mengkhianatinya dengan memusnahkan rumah yang telah didirikan, memusnahkan tanaman-tanaman yang telah pun ditanam oleh petani semata-mata kerana ini merupakan ‘polisi’ yang dilakukan oleh bekas kerajaan PAS.

Sambungan kepada LMS tidak dilakukan oleh mereka (kerajaan) itu dan sebahagian dari tanah-tanah yang telah kita (PAS) berikan kepada rakyat, dirampas dan diberi balik kepada orang yang tidak layak sebenarnya. Kita telah mengenal pasti itu semua dan mereka yang didapati tidak layak tetapi ‘kelayakan’ mereka adalah kerana mereka adalah kroni kepada MB, kepada Exco dan kepada wakil rakyat iaitu pemimpin-peminpin politik yang memerintah negeri Terengganu hari ini.

Ini bermakna rakyat akan ditawarkan dengan geran kekal atau masih berbentuk LMS?

Ya, berkait dengan soal tanah tersebut polisi kita akan diteruskan dan apabila kita memerintah nanti setelah diberi mandat semula oleh rakyat, Insya Allah. Apa yang dahulunya kita (PAS) beri LMS dan yang telah dikhianati oleh kerajaan BN hari ini dan rakyat telah didiskriminasikan tidak diberi peluang membangunkan tanah. Jadi sama ada kita memberikan lot tapak rumah atau pun tanah pertanian kepada mereka ini, kita akan beri terus hak milik geran kekal kepada mereka dan bukan lagi berbentuk Lesen Menduduki Sementara (LMS). Kita akan bahagikan geran kekal kepada mereka (rakyat) ini.

Bagaimana dengan polisi baru kerajaan BN yang hanya anugerahkan tanah untuk rakyat asal Terengganu sahaja?

Selain dari itu ada satu polisi yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini yang saya rasa tidak sesuai dan tidak sepatutnya dilakukan iaitu penduduk negeri Terengganu, rakyat negeri Terengganu yang berpuluh-puluh tahun tinggal di negeri Terengganu, sudah beranak dan bercucu tetapi oleh kerana kod kad pengenalan mereka tidak menunjukkan angka 11 iaitu asalnya dari Terengganu telah dinafikan daripada memohon serta memiliki tanah dalam polisi baru yang dibuat.

Fokusnya ialah mereka yang mempunyai kad pengenalan dengan kod 03 iaitu Kelantan, sedangkan mereka ini sudah bermastautin di negeri ini sejak berpuluh-puluh tahun dalam hampir kesemua daerah daripada Besut sampai ke Kemaman. Tetapi orang tersebut telah dinafikan dari sudut hak mereka sebagai rakyat dan pengundi bagi negeri Terengganu.

Kita (PAS) akan meneruskan polisi tanah kita sebagaimana yang telah kita laksanakan tahun 1999 hingga 2004 dan kita tidak akan mengecualikan sesiapa sahaja yang berhak berdasarkan kepada panduan yang telah kita buat iaitu mereka yang sepatutnya diberi pembelaan sama ada lot perumahan atau pertanian. Maka, kita (PAS) akan memberikan tanpa mengira sama ada mereka itu mempunyai kad pengenalan berkod 03 atau 11.

Manakala, polisi tanah yang dibuat oleh kerajaan BN hari ini langsung tidak manasabah, tidak kena dan tidak tepat hasrat rakyat di negeri ini. Mereka nafikan dan diskriminasikan pemegang KP dengan kod 03 tetapi BN Terengganu berikan beratus-ratus ekar tanah di Pulau Redang kepada satu syarikat yang dimiliki oleh Vincent Tan dengan premium yang sangat rendah untuk projek pelancongan. Saya rasa ini suatu perkara yang sangat tidak manasabah dan merupakan pengkhianatan kepada hasrat rakyat sendiri.

Kita (PAS) akan ubah polisi yang seperti ini dan kita balik berdasarkan prinsip pembangunan Islam yang menjadi teras kepada pemerintahan kita iaitu berlaku adil kepada semua rakyat negeri ini. Dalam soal tanah ini, kita tidak mengira sama ada dia penyokong PAS, dia Umno atau pun setiausaha apa sahaja, kita akan memberikan hak mereka berdasar kepada prinsip keadilan. Kerajaan BA - PAS dan KeADILan ini - akan melaksanakan keadilan yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip perjuangan kita.

Selain itu, apakah tawaran yang lebih menarik khususnya kepada imam dan bilal?

Kita (PAS) akan memperkasakan institusi masjid dan pegawai-pegawai masjid, imam, bilal dan sebagainya. Di mana sewaktu kita mengambil alih tahun 1999, elaun yang diberikan kepada imam dan bilal ini terlalu rendah. Imam diberikan hanya sebanyak RM280 sebulan dan kita telah naik kepada RM350. Kita tahu bahawa BN hendak tunjuk yang dia juga pembela agama dengan menaikkan lagi kepada RM450 sebulan. Tetapi program memperkasakan masjid yang akan dilaksanakan apabila kita memerintah nanti ialah dengan memberi satu skim gaji tetap yang ada potongan, ada caruman KWSP kepada pegawai-pegawai masjid ini supaya mereka boleh menumpukan peranan dan tugas untuk mengimarahkan dan memakmurkan dan memimpin ahli kariah masing-masing tanpa perlu kepada sumber-sumber yang lain. Kita yakin bahawa peranan institusi masjid ini akan dapat kita pertingkatkan.

Beberapa program yang telah kita laksanakan sewaktu kita memerintah juga akan kita teruskan. Dan saya rasa ini juga diteruskan oleh kerajaan yang ada ini.

Kerja lima hari seminggu, cuti pada hari Jumaat dan Sabtu yang kita perkenalkan zaman pemerintahan kita diteruskan oleh BN yang ada dan kita akan meneruskan apa yang telah kita laksanakan itu dan demikian juga dengan Skim Pinjaman bagi kakitangan kerajaan untuk pinjaman kenderaan dan rumah. Ada satu tabung yang kita wujudkan iaitu Tabung Darul Iman yang dimanfaatkan untuk mereka-mereka yang menerima musibah. Saya difahamkan, kerajaan yang ada ini juga meneruskan itu dan kita (PAS) akan teruskan semua perkara-perkara yang telah kita buat.

Antara lain, secara ringkasnya juga melibatkan sektor pendidikan, perumahan, perindustrian dan kebajikan masyarakat yang akan kita teruskan sebagaimana polisi yang telah kita lakukan sewaktu kita memerintah dahulu.

Ada rungutan bahawa kerajaan BN hari ini tidak bersikap mesra dengan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri?

Kita perlu menyedari bahawa, pentadbiran kerajaan negeri Terengganu sekarang ini berada dalam keadaan resah kerana sikap ego dan sikap diktator yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan negeri hari ini. Kita telah melaksanakan sewaktu memerintah dahulu suatu polisi yang mesra pegawai di mana sebelum mesyuarat Exco setiap hari Rabu kita mengadakan dahulu perbincangan dengan pegawai-pegawai, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan yang berkaitan dengan isu yang akan dibincangkan, supaya kita (PAS) boleh mendengar pandangan-pandangan mereka untuk kita manfaatkan.

Saya difahamkan, pentadbiran hari ini tidak mendengar langsung pandangan yang dikemukakan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan walau pun pandangan daripada mereka itu sangat berguna untuk kita menambahkukuhkan lagi kepada polisi dan program yang akan kita laksanakan.

Sedih saya mendengar bagaimana duit negeri Terengganu telah dibelanjakan secara terlalu boros dan tidak mendatangkan manfaat sebenar kepada rakyat dan kemudian mereka yang memimpin negeri Terengganu mengambil kesempatan untuk memperkayakan diri masing-masing sehingga tindakan-tindakan korupsi, salahguna kuasa dan penyelewengan terus berlaku dalam negeri Terengganu.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan rancangan pembangunan ‘luar biasa’ kepada rakyat Terengganu melalui pelancaran Koridor Timur?

Ya, baru-baru ini saya mendengar Perdana Menteri, Abdullah Badawi yang datang ke Terengganu dan menjanjikan bahawa dalam pilihan raya akan datang ini rakyat Terengganu akan melihat suatu pembangunan yang luar biasa. Saya menyeru kepada rakyat seluruhnya, cukuplah sekali rakyat Terengganu ditipu dengan pembangunan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Pembangunan luar biasa mungkin tidak berlaku di negeri Terengganu. Ini cakap-cakap politik untuk menipu rakyat Terengganu dan saya harap rakyat perlu sedar tentang janji dan perkataan-perkataan manis tetapi beracun yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin BN pada hari ini.

 
posted by DPP Kawasan Setiu at 5:52 AM | Permalink | 0 comments
Saturday, September 8, 2007
Bajet 2008: Bajet Rakyat Atau Bajet Pilihanraya Sebenarnya
Analisis Isu Oleh Cucu Mat Kilau

aPembentangan Bajet 2008 di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi sesunggunhya merupakan petanda awal pilihanraya umum ke-12 sudah semakin hampir . Biarpun bajet tersebut banyak memberi impak positif kepada rakyat marhaen, terutumanya golongan yang berpendapatan rendah namun secara kesuluruhannya ia jelas menggambarkan kegusaran kerajaan Pak Lah atas sokongan rakyat yang kian luntur terhadap kerajaan mutakhir ini. Populariti kerajaan dilihat semakin merundum. Maka, itulah Pak Lah mengambil keputusan untuk memberi peruntukan yang besar kepada rakyat kali ini berbanding pada tahun-tahun yang lepas.

Bajet dengan tema ‘Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran’ menekankan tiga aspek penting iaitu keperluan untuk bersaing, modal insan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam soal pendidikan misalnya, sememangnya sejak dulu lagi parti pembangkang menyuarakan pandangan supaya soal pendidikan adalah satu tanggung jawab sosial. maka itu perlu diberi percuma kepada rakyat. Sudah sekian lama perkara ini dibangkitkan, namun kini akhirnya kerajaan akur dengan desakan tersebut semata-mata ingin memenangi hati rakyat menjelang pilihanraya akan datang.

sBegitu juga dalam soal pembelian rumah oleh golongan berpendapatan rendah yang selama ini tidak diambil berat oleh kerajaan. Kini, mereka menyediakan peruntukan yang besar agar golongan rakyat yang tidak berkemampuan dapat membeli rumah dengan peruntukan yang disediakan oleh karajaan. Bukankah sesungguhnya ini satu bukti yang jelas bahawa kerajaan semakin sedar bahawa rakyat marhean yang teridiri daripada golongan berpendapatan rendah kini semakin terdesak akibat keadaan ekonomi negara yang semakin melonjak. Ditambah lagi dengan kenaikan kos barangan keperluan harian dan juga kenaikan harga minyak sebelum itu.

Sebenarnya banyak lagi perkara penting yang jika kita lihat ia jelas merupakan satu gula-gula untuk rakyat supaya terus menyokong kepimpinan kerajaan yang sedia ada sekarang.

Pilihanraya Umum Bulan November

Melihat kepada senario politik dan bajet yang dibentang oleh Pak Lah itu, maka sudah tidak syak lagi pilihanraya umum bakal diadakan dalam tempoh terdekat ini. Bahkan, Cucu juga ada mendapat laporan daripada pihak SPR bahawa pilihanraya umum bakal diadakan pada bulan November 2007 ini. Ini bermakna pembubaran parlimen akan berlaku pada bulan Ramadhan, iaitu ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Desas desus ini dihangatkan lagi apabila lebih 600 orang pegawai pilihanraya telah diberi taklimat oleh SPR di Dewan Kompleks Belia Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini. Justeru itu kita mengharapkan agar semua pihak dalam barisan alternantif dapat bersedia mulai sekarang. Jika perkara ini ada kebenarannya, maka sudah pastilah bajet yang dibentang oleh Pak Lah itu juga akan memainkan peranan penting terhadap sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional hari. Kita amatlah mengharapkan agar rakyat lebih berfikiran terbuka kali ini. Biarpun apa jua ganjaran yang diberikan, seharusnya mereka lebih sedar dan bertanggung jawab untuk menolak pemimpin yang telah mengkhianati rakyat serta merompak harta rakyat. Dalam pembentangan bajet itu juga Pak Lah ada mengatakan agar ianya dapat memberi kesejahteraan rakyat. Namun sedarkah kita, apabila bajet itu dilepaskan maka yang akan lebih sejahtera ialah para pemimpin serta juak-juaknya yang terus memperkayakan suku-sakat dan kroni-kroni mereka. Sebaliknya rakyat akan terus menderita sehingga bila-bila. Ini jelas terbukti sejak 50 tahun negara ini mencapai kemerdekaan sebenarnya. Maka sudah tiba rakyat marhaen diberi kesedaran supaya tidak terlalu berseronok dengan kesenangan yang bakal dinikmati dengan bajet 2008 itu nanti.

SPR Bakal Tolak Cadangan Celup Jari (Dakwat)

Biarpun Majlis Fatwa telah membuat keputusan bahawa celup dakwat tidak haram dan dibolehkan dalam Islam, namun atas rasa kegusaran serta ingin meneruskan niat jahatnya kita pasti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang merupakan komponen terbaru Barisan Nasional bakal menolak cadangan tersebut. Dalam pertemuan dengan pegawai pilihanraya di Kuantan baru-baru ini, secara jelas pihak SPR mengatakan bahawa cadangan tersebut belum boleh dilaksanakan kerana kesuntukan masa dan kos yang tinggi. Inilah alasan dangkal yang dikeluarkan oleh seteru BN yang sudah pasti yakin apabila cadangan celup jari dengan dakwat bakal memberi kesan yang besar terhadap undi BN secara keseluruhannya. Selama ini SPR sebenarnya tahu bahawa kemenangan BN dan kerajaan yang ada pada hari ini adalah tidak sah kerana menipu rakyat. Namun demi periuk nasi mereka, sudah pasti SPR akan terus bersekongkol dengan pakatan Dacing karat itu. Kita menunggu pula ulasan daripada Pengerusi SPR terhadap perkara ini. Jika benar apa yang diperkatakan oleh SPR Pahang di Kuantan baru-baru ini, maka semakin jauhlah harapan kita ingin melihat pilihanraya yang adil dan telus dalam amalan demokrasi di negara ini.

OCPD Kuantan Serang Ceramah Anwar

Hampir 10 ribu rakyat marhean yang telah turun membanjiri Kg.Pelindung, Beserah pada 6 September 2007 yang lalu. Semuanya gara-gara ingin mendengar "Amanat Perdana" Datuk Seri Anwar Ibrahim. Program yang dimulakan seawal pukul 9 malam itu, juga menampilkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) dan Wakil NGO (Bersih). Orang ramai telah berduyun-duyun memenuhi segenap ruang kosong untuk melihat Anwar dari dekat, mujurlah layar besar turut dipaparkan untuk memudahkan orang ramai. Program anjuran Parti Keadilan Rakyat Bahagian Indera Mahokta, Kuantan itu dikatakan telah medapat permit dari pihak polis. Bahkan permit telah ditandatangani oleh Tuan OCPD Kuantan sendiri. Namun apa yang anehnya, sekitar jam 11.30 malam, pihak polis yang terdiri daripada OCPD dan beberapa orang pegawai kanannya telah menyerbu tempat ceramah dan meminta Anwar memberhentikan ucapan beliau. Terdapat sedikit perbalahan berlaku, namun apa yang penting Anwar dengan tegas mengatakan bahawa beliau mengikuti masa yang telah ditetapkan sehinggan jam 12 tengah malam. Kekecohan timbul, dan demi menghormati pihak berkuasa Anwar akhirnya menamatkan ucapan beliau sekiar jam 11.53 malam. Apapun orang ramai yang membanjiri kawasan tersebut begitu kecewa dengan tindakan pihak berkuasa. Program ceramah seperti itu terus diganggu, sebaliknya jika program hiburan yang dijalankan di pusat-pusat hiburan sekitar Kuantan yang berlarutan hingga jam 3 pagi tidak diganggu dan dibiarkan begitu sahaja. Inilah dia sikap "Double Standard" yang berlaku dalam negara kita. Biarpun sudah 50 tahun merdeka, namun amalan penjajah ini terus diwarisi oleh mereka yang rakus ingin berkuasa dan takut kedudukan mereka terancam.

Kes Altantunya Macam Filem Hindi

Sungguh melucukan, dalam banyak kali ceramahnya Anwar sering menyatakan bahawa Kes Altantunya seperti sebuah filem Hindi. Umum mengetahui dalam filem Hindi atau Tamil yang sering ditayangkan di negara kita, sudah pasti anggota polis akan dijual beli oleh mereka yang mempunyai wang dan berkuasa. Biarpun, diketahui bahawa pemimpin terbabit sebenarnya mengamalkan rasuah, kezaliman, penindasan, penyelewengan dan banyak lagi perbuatan yang terpesong. Inilah juga yang berlaku dalam kes Altantunya kata Anwar, skrip sudah diatur oleh mereka-mereka yang berkuasa. Pesalah seperti tidak bersalah. Saksi dijual beli, sekejap mengaku sekejap tidak. Bahkan jarang berlaku apabila orang kanan terbabit ketuanya langsung tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Aapa yang nampak ialah Altantunya seorang pelacur terhormat. sebaliknya misteri komisyen jutaan ringgit yang diberikan kepada Razak Baginda dalam kes kapal selam yang dibeli dari Perancis terus dipinggirkan. Begitu juga misteri komisyen jutaan ringgit yang diberi kepada Adib Adam dalam isu pembelian pesawat Sukhoi dari Rusia terus dipendamkan. Inilah dia filem Hindi terhebat dialaf baru. Sesungguhnya, kita sendiri sudah boleh membaca keputusan yang bakal dibuat oleh pihak hakim dalam kes Altantunya ini. Jarang berlaku Hakim, Pendakwaraya dan Peguambela bersatu hati dan tenaga dalam membicarakan sesuatu kes. Tapi amalan ini berlaku dalam kes Altantunya. Sungguh melucukan, sesudah 50 tahun merdeka keadaan ini masih berlaku di negara kita.

Teruskan Perjuangan Tegakkan Keadilan

Biar apapun yang berlaku, kepada para pemimpin dan rakyat yang cintakan keadilan di negara ini maka teruskanlah perjuangan. Berilah kesedaran kepada mereka yang masih dibutakan mata dan hati agar dapat melihat kebobrokan yang berlaku di depan mata mereka. Sekurang-kurangnya, berilah peluang anak-anak cucu kita menikmati demokrasi yang sebenarnya suatu hari nanti. Reformasi !! Takbirrrrr... Allah Hu Akhbar !

- Cucu Mat Kilau

www.cucumatkilau.blogdrive.com

 
posted by DPP Kawasan Setiu at 5:42 AM | Permalink | 0 comments
Friday, September 7, 2007
HIMPIT ’07 : Menifestasi sokongan pemuda kepada kepimpinan Ulama
Isu Parti Oleh Lord Azaab

Tanpa sebarang imbuhan dan upah, pendaftaran perlu mengeluarkan duit dari poket sendiri, rela melepaskan hiburan hari cuti merdeka dan banyak lagi. Semuanya dilakukan dengan suka rela.

Dengan sasaran untuk mengumpulkan 5000 pemuda dari seluruh negeri Terengganu, tetapi, yang mendaftar lebih dari sasaran, bila dicampur semua sekali termasuk yang datang bukan dari golongan pemuda untuk memberi sokongan. Akhirnya, jumlah yang datang, melebihi sekali ganda dari jumlah sasaran.



Program berkumpul separuh hari di perkarangan Masjid Rusila itu, sebelum diikuti oleh beberapa program susulan seperti lawatan ke rumah-rumah dan akhirnya, acara kemuncak di Kampung Kedai Buloh. Pemuda menyokong kepimpinan ulama.



Itu luahan terbaik dapat saya berikan keatas sambutan para pemuda dari negeri ini di dalam sabutan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2007.



Syabas kepada pemuda-pemuda, perkembangan yang amat membimbangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Semasa di khemah pendaftaran, saya sempat bertanya kepada sahabat-sahabat dari Batu Rakit. Saya memilih mereka kerana blog ini pernah menyiarkan gambar-gambar para remaja yang mendapat habuan ehsan dari kerajaan negeri baru-baru ini. Mereka berkata, mereka juga turut menerima habuan tersebut. Akhirnya, terbukti tektik UMNO menyogok mereka dengan wang sebanyak RM200 gagal untuk mengubah pendirian mereka.



Malah ada yang berkata, RM200 setahun bermakna kurang dari 60 sen sehari. Bagi penternak kambing, kos makanan ternakan mereka dianggarkan 80 sen ke 1 ringgit per ekor. Mereka tidak sanggup dijual maruah mereka lebih murah dari seekor kambing.

Syabas sekali lagi kawan-kawan.



Didalam acara yang dipenuhi dengan ucapan-ucapan beberapa pemimpin utama Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri, banyak menyarankan agar para peserta menilai kembali erti kemerdekaan yang kita sama-sama sambut pada hari itu.

Adakah negara bebas dalam erti kata sebenar atau masih terkonkong kepada kuasa atau Negara luar. Ini kerana, menurut Islam, Kemerdekaan bererti bebas dari pergantungan kepada sesama manusia dan hanya bergantung kepada Allah pencipta alam semesta.



Setelah dinilai kembali, negara ini memang masih jauh dari erti kemerdekaan yang sebenar. Negara masih lagi dijajah, walaupun penjajah telah lama meninggalkan negara ini, namum begitu, peninggalan penjajah masih berada di sini dan terus menjadi barah dan nanah kepada diri kita dan generasi akan datang.

Logik mudah dari salah seorang yang datang pada hari itu. Kita tahu penjajah itu jahat, tetapi kenapa kita masih mengekalkan undang-undang penjajah….

Mari kita pikirkan bersama.


lordazaab.blogspot
 
posted by DPP Kawasan Setiu at 3:11 AM | Permalink | 0 comments